Social Icons

Pages

Friday, 9 December 2011

Bab 1 ( di Sekolah ) (^_^)

ANDA BOLEH DOWNLOAD NOVEL INI DI LINK : http://www.4shared.com/folder/VJIae7nV/_online.html

Pagi ini cuaca sungguh nyaman. Angin bertiup beralun lembut dan amat menyegarkan. Dengan  rambutku yang pendek ini dengan berpakaian sekolah menengah. Selepas aku memasuki dalam kawasan sekolah, aku terus pergi ke kantin untuk duduk bawah kipas kerana aku ini tidak tahan panas kerana jika panas badanku akan berpeluh mengalahkan berlari 1000 meter. Selalunya aku suka bercakap-cakap pada waktu pagi, tetapi kawan-kawan aku mengatakan bahawa aku ini suka mengumpat pagi-pagi mengalahkan Cik Pah. Diorang ini suka tuduh-tuduh yang tidak benar tentang aku, kata aku dalam hati. Yelahkan siapalah aku ini kan, rasa macam hendak menangis pun ada juga. Selepas itu, aku terus pergi ke perhimpunan bersama-sama yang lain untuk menyempurnakan bacaan doa dan sedikit makluman oleh guru sebelum masuk ke dalam kelas masing-masing. Bila sudah sampai ke kelas, ketua kebersihan sudah mula bising sebabnya untuk menyuruh petugas-petugas pada hari ini untuk menceriakan kelas dan nampak bersih. Itulah tugas seorang ketua kebersihan yang hendak memekak setiap hari pada waktu pagi seperti gila tidak bertempat. Walaupun dia seorang perempuan, aku dan kawan-kawan aku juga tetap mengikuti perintah dia dan bertugas pada hari kita sahaja. Pada ke esokkannya, ada seorang budak perempuan yang rasanya kesian dan simpati kerana dia kena marah dengan ketua kebersihan sebabnya dia ini tidak bertugas dan tidak melaksanakan tugasnya iaitu menyapu sampah.
**********
Tetapi juga dia ini tidak menghiraukan kata-kata hikmat oleh ketua kebersihan yang menyuruhnya menyapu sampah, apa lagi yang dia lagi hendak keluar ke tandas. Tiba-tiba sahaja ketua kebersihan mengamuk dan lalu berkata “sapu sampah dahulu, barulah kau hendak duduk dalam tandas itu lama-lama 5 jam pun tidak apa sambil memegang rotan yang begitu panjangnya’ seperti singa keluar dari sangkar. Di samping itu juga membuat orang lain begitu takut dengannya dan ada yang hendak membaling kasut ke ketua kebersihan itu. Walau bagaimanapun, ketua kebersihan itu tetap sabar kerana sabar di katakana daripada separuh iman. Ketua kebersihan itu sudah mula nampak tenang lalu tiba-tiba sahaja si Aizi ini berkata “relaks nyet” kepada ketua kebersihan itu. Ketua kebersihan pun terkejut kerana ia dikejutkan tiba-tiba dengan kata-kata lahanat oleh Aizi, lalu dia berkata kepada Aizi “ada apa kau dekat dengan aku ini”. Si Aizi pun pelik, tadi aku cakap dengan dia tetapi dia macam tidak dengar je. Si Aizi pun berkata balik tadi kau tidak dengar ke yang apa aku perkatakan dekat kau. Lalu ketua kebersihan itu berkata “tidak dengar pun, cuba kau kata lagi dengan kuat dekat aku sekali lagi”. Dengan muka selamba si Aizi pun berkata dengan sekuat hatinya “relaks nyet” kepada ketua kebersihan itu. Tiba-tiba sahaja ketua kebersihan itu melempang dekat Aizi itu, lalu Aizi terus terlantar di atas lantai. 3 minit kemudian, si Aizi lalu di hantar ke hospital yang berdekatan. Doktor yang merawat Aizi berkata yang Aizi ini dapat penyakit kush-kush monyet pelempang maut lalu ibu bapa Aizi marah dengan ketua kebersihan ini. Ibu bapa Aizi terus ke sekolah untuk membuat report kepada Pengetua tentang masalah yang berlaku. 10 minit kemudian, ketua kebersihan ini di dapati bersalah dan dia di hantar ke penjara juvana
di US kerana dia sudah ada rekod kesalahan banyak  yang di lakukan oleh beliau sebelum kes baru ini. 
********** 
Kes yang pernah di rekodkan di dalam salah laku adalah merasuah guru untuk mendapatkan jawatan, lepang kawan sehingga strok kerana kawannya tidak memberikan gula-gula kepada dia, pijak kaki lelaki sekelasnya kerana lelaki itu memarahi dia sebab mulut bising macam bunyi ekzos motor yang memekak, baling kerusi dekat seorang budak perempuan kerana tidak susun kerusi dan meja sebabnya pada masa itu dia berjawatan ketua kebersihan dan sebagainya. Di sekolah ini dan terutamanya di dalam kelas aku sangat harmoni, damai dan aman kerana si tidak guna itu tiada bersekolah di sini lagi sampai bila-bila. Walaupun, aku berfikir juga di manalah dia sekarang berada ya kata hatiku ini. Pada masa akhir persekolah pada hari ini, aku berjalan kaki ke rumah dengan kawan-kawan sekelas, mereka pun lalu bercerita yang mereka pun pernah kena juga dengan bekas ketua kebersihan itu juga. Dia pun mula bercerita, pada suatu hari yang sungguh sunyi sepi dengan tiba-tiba suara mula keluar dan ia berkata “cepat buat kemaskan kelas sekarang juga, jangan tiada kesan kotor pun di dalam kelas ini” kata ketua kebersihan kepada semua petugas dan termasuk juga yang tidak bertugas pada waktu itu. Ada seorang dua orang itu yang tidak buat kerja kemas kelas, apa lagi bila dilihat oleh ketua kebersihan itu lalu ketua kebersihan itu terus memukul diorang dengan penyapu tanpa tidak rasa belas kasihan. Namun, murid-murid yang lain pun terkejut dengan perbuataanya itu yang tidak disangka oleh manusia yang murni. Si Amun ini terus pergi report ke cikgu Sal untuk mengadu perkara sudah berlaku pada hari ini di dalam kelasnya. Bila cikgu Sal mendengar pengaduan daripada Amun lalu dia terus pergi ke kelas Amun, bila tiba di kelas Amun, suasana sangat sunyi dan suasana soal menyoal oleh cikgu Sal. Cikgu Sal lalu bertanya kepada semua murid di dalam kelas “apakah yang sedang berlaku sekarang” dengan nada yang tinggi.

**********

Lalu Haikal berkata kepada cikgu bahawa yang ketua kebersihan ini memukul kawannya dengan menyapu gara-gara tidak bertugas. Cikgu Sal tidak puas hati dengan apa yang sudah berlaku ini lalu dia menyuruh murid-murid membawa murid yang kena pukul dengan ketua kebersihan ini serta membawa ketua kebersihan ini kepada Pengetua sekolah. Bila tiba di bilik Pengetua, cikgu Sal lalu bercerita apa yang berlaku dan mengapa dia membawa ketua kebersihan ini kepada Pengetua. Pengetua berkata kepada ketua kebersihan ini “mengapa kamu memukul kawan kamu dengan penyapu gara-gara tidak bertugas”. Ketua kebersihan ini pun berkata “yang saya pukul itu bukan kawan saya, itu orang yang tidak guna dasar pemalas punya orang” kepada Pengetua. Reaksi Pengetua macam terkejut apabila kata-kata lahanat oleh ketua kebersihan ini di keluarkan oleh mulutnya sendiri di depan Pengetua, cikgu Sal dan murid yang sebagai saksi. Suasana di dalam bilik Pengetua bertukar menjadi sunyi dan suram. Pengetua tengah memikir apa yang patut di buat olehnya untuk memberikan hukuman kepada ketua kebersihan ini dengan membuat mesyuarat tergempar di bilik gerakan. Semua guru-guru wajib menghadirikan ke mesyuarat ini dengan tiada alasan pun kata Pengetua kepada semua guru. Di bilik mesyuarat, Pengetua mula berucap dengan bismillah dan lalu berkata apa yang patut kita buat untuk ketua kebersihan ini kerana dia sudah membuat perkara yang tidak disangka oleh kita semua dan murid-murid yang lain. Di samping itu, Pengetua berkata perkara ini tidak boleh dimaafkan kerana perbuatan begini akan mencemarkan nama baik sekolah kita. Suasana di dalam bilik mesyuarat dalam keadaan sunyi, suram dan guru-guru tengah memikir apa yang patut dilakukan. Tiba-tiba sahaja seorang guru mengangkat tangan lalu dia berkata kita hantar di pergi periksa di hospital sakit jiwa dengan alasan takut budaknya ada masalah mental yang merbahaya ataupun sederhana. Cadangan itu, di terima semua guru-guru yang berada dalam bilik mesyuarat serta Pengetua. Sebelum berakhir mesyuarat guru-guru akan membuat isyarat sebelum keluar dari bilik mesyuarat iaitu “pon… pon…” selepas itulah baru boleh keluar dari bilik mesyuarat. Pada jam 5 petang budak itu di hantar ke hospital sakit jiwa untuk periksa mental otak budak itu. Takut budak itu keluar penyakit gila anjing kutu babun dan tidak pasal karang budaknya pukul orang lain sehingga mati pula. Selain itu, cikgu Sal yang mengantar budaknya pergi ke hospital untuk buat medical cek up dan lalu dia berkata kepada budak itu, engkau buat perkara ini sekali lagi mahupun dengan orang lain engkau cikgu akan cekek engkau sampai mampos. Kau tahu tak, mengapa orang panggil aku cikgu Sal sebabnya Sal ialah orang yang suka cari pasal, orang itulah akan dibawa kepada aku. Sebabnya aku ini adalah guru disiplin sekolah yang sangat garang walaupun aku ini adalah seorang wanita. 
********** 
 Tetapi jika ada masalah murid yang buat hal disiplin orang itulah aku kerjakan dengan terseksanya. Walaupun budak itu mendengar kata-kata jiwang daripada cikgu Sal lalu dia berkata “ada aku kisah” kepada cikgu Sal dengan nada yang selamba dan kata-kata yang sangat kurang diajar. Bila cikgu Sal mendengar kata-kata lahanat daripada budak itu lalu dia terus berhenti memandu kereta dan dia terus pegang kepala budak itu serta menghantukkan kepalanya di dinding kereta dengan sekuatnya. Namun, budak itu juga tidak berasa sakit dan buat muka selamba sahaja di depan cikgu Sal dengan cikgu Lokman serta berkata “what the hell” kepada cikgu Sal. Apabila cikgu Sal mendengar perkataan itu, lalu dia menumbuk budak itu di perut dengan ganasnya dan beraninya dan tidak ada belas kasihan kepada budak yang terlebih kurang ajar itu. Selepas selesai perkara itu, cikgu Sal dan cikgu Lokman membawa budak itu masuk ke dalam kereta lalu cikgu Sal memandu ke hospital sakit jiwa. Tiba di hospital, cikgu Lokman berjumpa dengan nurse untuk membuat medical cek up untuk seorang murid. Nurse itu menyuruh cikgu Lokman mengisi boring terlebih dahulu sebelum medical cek up. Selepas 5 minit kemudian nurse menyuruh pesakit masuk ke dalam bilik doktor untuk membuat pemeriksaan. Apabila masuk ke dalam, doktor bertanya kenapa dengan murid ini kepada cikgu Lokman lalu cikgu Sal menyampuk “sebenarnya budak ini suka buat perkara yang luar jangkaan seperti memukul orang sebayanya dengan penyapu” katanya kepada doktor. Doktor berkata “ini sudah kes berat ni” kepada cikgu Sal dan cikgu Lokman. “Memang sudah kes berat, dahlah macam babun” kata cikgu Sal kepada doktor. Di samping itu, budak itu mendengar perbualan doktor dengan cikgu Sal dan cikgu Lokman lalu dia mengambil sesuatu hendak memukul doktor itu. Tetapi rancangan budak itu dapat di hidu oleh cikgu Sal lalu dia terus terajang budak itu terus pengsan. Doktor itu pun terkejut serta cikgu Lokman.
**********
Doktor itu hairan dengan perangai budak itu lalu dia menyuruh nurse membawa baju ikat dan doktor itu lalu mengikatnya dengan memakaikan baju ikat itu dekatnya. Apabila budak itu sedar yang bahawa dia sedang diikat dengan tidak boleh dilepaskan. Budak itu merasa marah lalu dia berkata “lu apa pasal sama gua, lu mau matikah” kepada doktor itu. Doktor itu berkata “suka hati gua la mau ikat lu” kepada budak itu. Selain itu, cikgu Sal pun berkata “relaks baby nanti mu dapat masuk hotel percuma di Tanjung Rambutan dengan siap pakej sekali yang terbaik untuk mu” kepada budak itu dengan nada lembut. Namun, budak itu berkata “bestnya dapat pergi hotel dengan percuma, cikgu Sal ni memang baiklah” kepada cikgu Sal dengan nada yang gembira. Cikgu Sal balas balik dengan mengatakan “mu tak tahu ke cikgu mu ni memang baik giler-giler” kepada budak itu dengan nada gembira. Selepas berborak-borak dengan budak itu buat selama-selamanya. Cikgu Lokman mengajak cikgu Sal makan di café hospital itu. Budak itu pun mahu makan bersama di café. Selepas itu mereka pergi ke café di hospital dan mereka membeli makanan serta minuman. Mood budak itu, masih nampak ceria dan gembira apabila mendengar yang dia akan di hantar ke hotel di Tanjung Rambutan. Semasa makan, tiba-tiba sahaja perangai budak itu menjadi lebih agresif dan beruk aktif dengan membuat hal di café itu. Dia menjerit-jerit macam tarzan, mencampakkan makanan di atas lantai dan sebagainya. Apabila kemarahan cikgu Sal mula membara api dan dia memegang kepala budak itu lalu dia menghentakkan kepala budak itu dekat pinggan yang ada makanan dengan 3 kali sahaja dengan berkata “kurang ajar punya budak, ini buat aku bikin panas ni” kepada budak itu. Cikgu Sal pun berkata lagi “lu jangan cari pasal sama gua dan lu cari pasal lu mati” kepada budak itu dengan nada yang sangat ganas macam singa jantan. Tiba-tiba sahaja budak itu berkata “sorry sorry sorry” kepada cikgu Sal dengan sambil menyanyi. Selain itu, orang-orang yang berada di café itu juga turut menyanyi lagu sorry sorry oleh Super Junior dengan gembiranya. Cikgu Sal dan cikgu Lokman pun terkejut melihat situasi sekarang yang orang-orang di café menyanyi dan budak itu siap buat tarian. Lalu cikgu Sal pun berkata “kenapa mu tidak ajak saya menyanyi sekali serta menari” kepada budak itu. Keadaan di café itu sangat meriah dan siap ada lampu warna-warni untuk pentas tarian. Cikgu Lokman membuat tarian Hip-Hop dengan menyanyi lagu “sorry sorry” serta cikgu Sal juga. Para doktor juga terlibat sama untuk menjadi juri dan nurse pula sebagai menjaga pentas. 
**********
Akhir sekali cikgu Sal menjadi juara dalam pertandingan tarian Hip-Hop di hospital sakit jiwa. Selepas itu, cikgu Sal dan cikgu Lokman pulang ke rumah masing-masing kerana sudah letih. Pada ke esokkan hari, sekolah berada dalam keadaan tenang, sejahtera dan damai kerana budak itu sudah terkeluar dari senarai sekolah dan berpindah di hotel Tanjung Rambutan.  Tetapi cikgu Sal merasa sedih kerana kehilangan budak itu walaupun perangainya macam beruk tetap cikgu Sal kenang budak itu. Di samping itu, cikgu Sal membuat keputusan bahawa dia ingin membawa budak itu balik semula. Pada ke esokkan hari, cikgu Sal pergi ke hospital sakit jiwa itu lalu dia berkata kepada doktor itu bahawa dia ingin membawa balik budak itu ke sana. Doktor pun berkata “so okay” kepada cikgu Sal. Apabila budak itu melihat cikgu Sal lalu dia terus memeluk cikgu Sal kerana budak itu merasa gembira dan dapat bertemu semula dengan cikgu Sal walaupun cikgu Sal ada pukul dia dengan teruk, itulah dikata air di cincang tidak akan putus. Cikgu Sal pun membawa budak itu ke keretanya dan lalu memandu ke rumahnya. Semasa dalam perjalanan, cikgu Sal pergi ke Mc Donald untuk membeli makanan dan minuman untuk budak itu sertanya. Bila cikgu Sal sudah selesai membeli, budak itu berkata “cikgu saya nak burger yang besar bukannya yang kecil” kepada cikgu Sal. Cikgu Sal pun pergi membeli burger yang besar dan lalu berkata “sabo je la” dalam hati. Itulah cerita yang mereka boleh cerita dekat aku apa yang mereka tahu. Tetapi mengapa budak itu masih lagi menjadi ketua kebersihan, kata aku kepada mereka. Mereka berkata yang budak itu cakap dekat cikgu Sal yang dia ingin menjadi ketua kebersihan sekali lagi serta berjanji tidak akan mengulangi perkara itu lagi sampai bila-bila. “Oh patutlah dia kini masih menjadi ketua kebersihan lagi” kata aku kepada mereka. Selepas itu, aku dan kawan-kawan sudah sampai ke rumah masing-masing dengan selamat. Pada pukul 9 malam aku menyiapkan kerja sekolah  yang belum siap dan lepas itu aku memikir kenapa ketua kebersihan itu boleh menjadi seperti itu. Pada ke esokkannya, aku pergi ke sekolah pada pukul 6.40 pagi macam biasa. Bila aku tiba di sekolah, kawan aku iaitu Izzat berkata kepada aku “Ikmal, kamu tidak mendengar berita ke tentang ketua kebersihan itu”.  
**********
Aku pun berkata “apa benda berita baru itu, cuba cerita cuba cerita” kepada Izzat. Dalam perjalanan ke tapak perhimpunan, Izzat pun lalu bercerita kepada aku yang ketua kebersihan itu sudah meninggal dunia kerana penyakit gila babun beliau semakin meningkat dan tidak boleh dapat dikawal oleh mana-mana doktor pakar sekali pun. Tiba di tapak perhimpunan, bacaan doa mula di mulai dan selepas itu cikgu Sal mula bercakap tentang ketua kebersihan itu bahawa yang budak itu sudah meningggal dunia dipenjara juvana US. Cikgu Sal pun berkata “kita semua haruslah tabah apa yang berlaku sekarang dan menjadikan perkara ini iktibar” kepada semua murid. Selepas cikgu Sal berucap, semua murid-murid lalu melompat-lompat macam beruk dan berkata hurey aman sekolah ini dengan nada yang gembira gila-gila. Tiba-tiba cikgu Sal berkata “hei kamu semua patutnya” kepada semua murid di tapak perhimpunan. Semua murid berhenti bergembira sekejap kerana cikgu Sal macam hendak marah. Salah seorang murid di situ lalu berkata “cikgu Sal, sepatutnya apa” kepada cikgu Sal. Cikgu Sal pun berkata dengan muka selamba “sepatutnya kamu semua ajak cikgu sekali bergembira, ini tidak bergembira sorang-sorang” kepada semua murid. Apabila cikgu Sal melompat macam bapak beruk dan berkata hurey, semua murid dan guru-guru lain di situ lalu masuk ke kelas masing dengan membiarkan cikgu Sal melompat sorang-sorang di tapak perhimpunan. Gopal berkata “cikgu Sal ni lebih-lebih pulak macam budak-budak aja lompat macam beruk” kepada semua kawan dia semasa dalam perjalanan ke kelas. Sarah pun lalu menyampuk, a’ah cikgu Sal ni memang macam itu aku dah masak dengan perangai cikgu Sal. Tiba di kelas, cikgu Maimun pun masuk ke kelas untuk mengajar dan rangkap sebagai guru kelas aku. Cikgu Maimun lalu berkata “kelas kita ini tiada jawatan ketua kebersihan, so siapa yang ingin menjadi jawatan sebagai ketua kebersihan ini” kepada murid-muridnya. Tiba-tiba suasana gembira lalu bertukar sunyi sepi kerana cikgu Maimun bercakap tentang jawatan ketua kebersihan. Mereka berkata yang aku layak menjadi ketua kebersihan kelas ini. 
********** 
Aku pun terkejut apa yang mereka katakan sebentar tadi. Lalu cikgu Maimun menyuruh aku ke depan dan serta merta kelas aku diadakan parti untuk meraikan ketua kebersihan baru. Kelas aku siap ada pasang lagu rancak, ada disediakan makanan dan minuman, semua guru-guru di jemput hadir serta Pengetua, semua murid juga turut dijemput hadir dan sebagainya. Selepas selesainya parti itu, semua warga sekolah pulang ke kelas masing-masing dan bilik guru. Selepas kejadian itu, aku sah menjadi ketua kebersihan kelas yang baru. Pada ke esokkan hari, aku pergi ke sekolah macam biasa tetapi dengan gaya yang baru. Apabila tiba di sekolah, mereka memandang aku dengan baik dan macam dipandang mulia. Perasan pula aku ni, kata dalam hati. Selepas itu, murid-murid berada di dalam kelas dan aku pun berkata “jangan lupa ikut tugas masing-masing dan lakukan” kepada kawan-kawan kelas aku. Pada hari ini berjalan seperti biasa dan semua murid bertugas. Pada minggu ke tiga murid-muridnya sudah malas hendak buat kerja kemas kelas. Perkara inilah yang membuat aku pening kepala dan naik angin bila mereka tidak melakukan kerja. Pada ke esokkan hari, aku sudah mula bising dan mengatakan “buat kerja, jangan malas” kepada mereka. Mereka pun berkata “suka hati gua la dan senang-senang kau yang buat kerja ini” kepada aku. Aku pun hairan dan mengatakan “sabo je la” dalam hati. Aku fikir-fikir jika aku buat macam bekas ketua kebersihan itu, mesti cikgu Sal menghantar aku ke hospital sakit jiwa. Baik aku buat bodoh aja dan biarkan cikgu Maimun marah dekat mereka. Itulah kisah yang aku boleh ceritakan pada anda semua.

*****TAMAT BAB 1*****

JIKA ANDA INGIN BACA CERITA INI DI RUMAH DENGAN TANPA ACCESS INTERNET, ANDA BOLEH DOWNLOAD LINK INI : http://www.4shared.com/folder/VJIae7nV/_online.html 


 
 

Diari Ku Dihati Ku

Terbitan oleh KAZAYUMI MAYUKO PRODUCTION ™
MAKLUMAN…

Bahasa yang digunakan tidak  terikat dengan bahasa baku, bahasa yang digunakan adalah bahasa Melayu dan bahasa inggeris. Orang yang meninggal dunia di dalam cerita  ini tidak sebetulnya dan hanya rekaan semata-mata sahaja untuk mewujudkan jalan cerita yang menarik.


isi KANDUNGAN…

Bab 1 …………………Di Sekolah…………………………..D1
Bab 2 ………………….…Tamat Sekolah...………………....D2
Bab 3 ...............................Koperasi Sekolah……….………....D3
Bab 4 ………..Jalan-jalan dengan kawan-kawan……...……..D4
Bab 5 ……………………….Diri ku…...…………………….D5
Bab 6 …………....Pekerjaan  yang  membahagiakan………..D6
Bab 7 ………………….Kenangan manis itu….……………..D7
Bab 8 ……………Kenangan pahit tidak di sangka….………D8
Bab 9 …………………..Diari ku Di hati ku…………………D9
Bab 10…………………..Terakhir buat ku…….……………D10

 



 

Sample text

Sample Text

SELAMAT DATANG KE WRITING AGAIN !!!

Saya berharap anda baca dengan okay & tidak ada yang x okay yew... Selepas habis baca, sila komen apa yang kurang yew !!!